Hadis Kiamat

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajjal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat),turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’.

Riwayat Tirmizi

Custom Search

Sunday, June 1, 2008

Bumi akan berputar secara barat ke timur sepertimana marikh?

Ilmu astronomi menyatakan bahawa kelajuan Marikh dalam lintasan orbitnya telah berkurangan terhadap orbit Timur dalam beberapa minggu terakhir ini hingga ke peringkat yang meragukan gerakannya antara timur dan barat. Pada hari Rabu (30 Julai 2004), dihitungkan bahwa pergerakan planet akan berhenti bergerak dari arah timur. Kemudian, pada bulan Ogoss dan September 2004, planet Mars telah berubah putaran orbitnya ke arah yang berlawanan (iaitu semula dari timur ke barat, menjadi dari barat ke timur) dimana hal ini membuktikan bahawa matahari telah terbit dari bahagian barat Marikh pada ketika itu.

Fenomena yang aneh ini (pergerakan ke arah yang berlawanan) disebut “Retrogade Motion”. Para pakar astronomi menyatakan bahawa semua planet di alam semesta ini akan mengalami hal yang sama, setidaknya sebanyak satu kali, dan Bumi kita pun termasuk didalamnya. Planet Bumi akan bergerak ke arah yang berlawanan dan matahari pun akan terbit dari barat satu hari nanti.